Khamis malam Jumaat 8 Julai 2010.
Selepas membaca yasin dan Al-quran, aku terus tidur kepenatan kerana penat bekerja siang tadi. Suasana malam itu tenang.. Rumah flat di Masjid Tanah, seakan mahu menidurkan aku dengan nyenyak. Sebelum tidur, fikiranku melayang. Melayang jauh ke belakang.. Terkenang semula detik-detik indah bersama keluarga. Terutamanya kepada ayah yang telah tiada. Satu persatu memori indah hinggap untuk dipancarkan semula…
Beberapa minit selepas itu, aku terus hanyut dalam lena…
” Eh ayah! Macamana boleh ada kat sini?” tanyaku terkejut melihat ayah di muka pintu sebuah bilik. Yang aku pun tidak pasti di mana.
” Ayah kat mana-mana pon boleh ada..” jawap ayah tenang.
Kulihat wajah ayah. Muda! Seperti sebaya denganku. Tidak seperti wajah terakhir ketika dia meninggal dunia. Dan rendah sedikit daripada ketinggian biasa. Aku cuba merapat.. Ku usap pipinya. Dahi.. Dan seluruh bahagian mukanya. Terasa ianya nyata. Tidak berasa ianya ilusi.
“Ayah sihat?”
“Sihat. Lebih sihat dan muda.” jawap ayah ringkas.
“Macam mana kalau Hanif nak melawat ayah kat sana? Lepas tu balik kat sini semula.. Boleh tak?” Aku sudah seakan faham dengan keadaan realiti bahawa ayah sudah tiada bertanya.
“Eh. Mane boleh.. Cuma orang yang banyak buat maksiat dan dosa je akan cakap macam tu.”
“Kenapa??”
“Sebab kalau kat alam sane, orang yang banyak dosa akan mintak dia hidup semula.. Sebab diorang nak buat ibadah banyak-banyak.”
“Oh.. Yeke yah…”
“Ayah kat sane keje ke tak?” Aku bertanya lagi.
“Mesti la kerja. Ayah jadi cikgu. Ayah mengajar. Pukul 6.45 pagi ayah dah keluar kerja. Ayah sarapan kat kedai.”
Aku seakan melayan akan keadaan ketika itu. Aku tahu, ayah aku sudah tiada. Tapi cara komunikasi aku seakan aku betul-betul berjumpa dengan ayah. Langsung tak terasa yang itu sebuah mimpi..
“Ok lah. Ayah tak boleh lame ni. Ayah ada hal. Ni, ada hadiah 4 ekor unta..” ayah menunjukkan jari telunjuk ke arah sebuah pokok yang rendang di luar tingkap.
Aku terus ke arah pokok itu tadi. Tanpa menoleh kebelakang..
Salah sekor unta itu adalah anak unta. Sangat kecil. Setiap kali ibunya berjalan, dia akan mengekor ibunya. Tapi aku agak hairan, salah sekor daripada unta-unta itu memakai kopiah di kepala. Macam manusia pulak.
Aku toleh kebelakang.. Ayah sudah pergi. Hanya meninggalkan aku dan unta-unta tadi. Unta-unta itu tidak bertali. Mereka sangat jinak. Aku cuma memetik jari sahaja untuk mengarahkan mereka datang kepadaku..
Bersambung…
Tel: +6013 746 6847 | +6017 734 5277
Official Website: www.telunjukanan.com (will be update)
Blog: www.hanifazman.telunjukanan.com/blog
Flickr: http://www.flickr.com/photos/hanifazman
Email/YM: hanif_azman87@yahoo.com
“Macam mane lepas habis degree ni? Hanif nak buat ape? Kerja ke sambung? Ayah tak halang anak-anak ayah nak buat ape. Janji anak-anak ayah gembira. Tapi 1 je nasihat ayah. Hanif muda lagi. Ibu ngan ayah pon ada lagi. Jadi, sambung je la master.. Bukan lama pon.. kejab je..” Kata-kata arwah ayah masih ternyiang-nyiang di telinga aku. Ini antara amanat terakhir arwah sebelum dia pergi..
“Insyaallah lah. Memang plan nak sambung pon. Tapi rasanya kena pergi interview dulu kot.. Nanti Hanif apply…”
Hari ni, 8 Julai – sudah hampir 100 hari ayah pergi.. Aku pon dah dapat sambung pengajian aku. Dan baru tadi keluar makan dengan officemate a.k.a bekas lecturer aku dulu.. Alhamdulilllah..
Mungkin ini semua berkat doa ibu dan juga arwah ayah..
“Terima kasih ibu..Terima kasih ayah..”
Al-fatihah untuk ayah..
Tel: +6013 746 6847 | +6017 734 5277
Official Website: www.telunjukanan.com (will be update)
Blog: www.hanifazman.telunjukanan.com/blog
Flickr: http://www.flickr.com/photos/hanifazman
Email/YM: hanif_azman87@yahoo.com

